Pages

Saturday, February 13, 2010

NikahKahwin #3: Selawat Nabi Muhammad SAW

.: Soalan temuduga untuk bakal pengantin #3: Lafaz Selawat Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wassalam (SAW).

Perkataan Selawat berasal dari bahasa Arab untuk Solat. Dengan itu Selawat membawa maksud doa atau puji-pujian. Membaca Selawat pula beerti kita berdoa kepada Allah agar diberikan rahmat dan kesejahteraan untuk Nabi kita dan keluarganya. Dengan berselawat juga kita sebenarnya memberikan penghormatan kepada baginda Rasulullah SAW.


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad - [An-Nasa'iy/ 1292, sahih]

Terdapat pelbagai lafaz untuk Selawat, dan Selawat di atas adalah yang paling pendek dan biasa juga didengari. (Untuk lafaz yang lainnya, sila lawati laman Wikipedia Bahasa Melayu di bawah ini).

Selawat pula terbahagi kepada tiga tingkat:
  • Selawat daripada Allah kepada Nabi dan Rasul-Nya terutama Nabi Muhammad SAW
  • Selawat daripada malaikat kepada para nabi dan rasul-rasul.
  • Selawat manusia kepada Nabi Muhammad SAW
Selawat adalah sangat penting bagi kita kerana doa yang diterima Allah ialah doa yang disertai selawat kepada Nabi (terdapat pandangan yang menyuruh agar berselawat dahulu sebelum berdoa). Selawat juga mengandungi banyak kelebihannya yang tersendiri, membacanya akan mendapat syafaat Nabi dan amatlah rugi jika kita tidak mengamalkannya. Orang-orang Islam akan dianggap bakhil apabila mereka mendengar nama Rasulullah disebut dan mereka tidak berselawat kepada baginda.


Pautan berkaitan:-
  • Wikipedia Bahasa Melayu : Lafaz Selawat, tingkat-tingkat Selawat, kelebihan berselawat (mendapat syafaat nabi), kelebihan berselawat mengikut para ulama, gelaran bagi mereka yang tidak berselawat, contoh-contoh selawat secara berlagu.
  • Adeqshah.multiply.com : Pengertian, Tiga tingkat Selawat, Hukum membaca Selawat, Dalil hadis tentang Selawat, Waktu-waktu berselawat.
  • Adeqshah.multiply.com : Kepentingan berselawat, Kelebihannya.
  • Adeqshah.multiply.com : Faedah-faedah berselawat.
  • Umum.kompasiana.com : Fadhilah membaca Selawat Nabi Muhammad SAW.
  • Demipena.com : Jawapan kepada persoalan Nabi sombong kerana Selawat.


NikahKahwin: "Astagha/astagambir/astaa dan yang sewaktu dengannya BUKANnya Istighfar!~~"

:.

Thursday, February 11, 2010

NikahKahwin #2: Kalimah Syahadah

.: Soalan temuduga untuk bakal pengantin #2: Lafaz dan erti kalimah Syahadah

Definisi Syahadah - Menyatakan kepercayaan akan keesaan Allah SWT dan mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai rasul utusanNya.

Dua kalimah Syahadah: Perkim.net.my.

Dua kalimah Syahadah ini adalah rukun yang pertama dari Rukun Islam yang lima. Kalimah Syahadah yang pertama mengakui bahawa Allah SWT Tuhan yang Esa, satu-satunya Tuhan yang disembah, dan tiada Tuhan melainkan Allah. Kalimah yang kedua membawa makna mengakui bahawa Nabi Muhammad SAW ialah Rasul utusan Allah kepada seluruh umat, bagindalah nabi terakhir, tiada lagi nabi atau rasul selepas Nabi Muhammad.

Kalimah Syahadah ialah pegangan utama seseorang Muslim, ianya ialah pengakuan hidup mati dan Syahadah mempunyai haknya yang tersendiri. Apabila terbatal, maka hendaklah bertaubat dengan segera kepada Allah.


Pautan berkaitan:-


NikahKahwin: "Daku saksi bukan sebarang saksi, daku saksi hingga kiamat nanti!"

:.

NikahKahwin #1: Istighfar

.: Soalan temuduga untuk bakal pengantin #1: Istighfar

Definisi: Istighfar - memohon keampunan atas dosa-dosa yang dilakukan dengan tidak mengulangi perbuatan tersebut selama-lamanya.

إستغفار اللَّهَ
Astaghfirullah

Istighfar ialah tindakan kita meminta maaf atas kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan selama ini daripada Allah. Ia dilakukan dengan menyebut kalimah 'Astaghfirullah', seperti yang tertera di atas. "Astaghfirullah', bermaksud Saya meminta keampunan Allah.

Istighfar mempunyai beberapa pengertian yang lain, dan ia juga mempunyai hukum-hukum tertentu mengikut masa dan keadaan.


Pautan berkaitan:-


NikahKahwin: "Banyak-banyakkanlah beristighfar~~"  :-)

:.

Monday, February 8, 2010

Apakah 25 Soalan Temuduga Bakal Pengantin?

.: Apakah soalan-soalan terbaekk punya semasa temuduga bakal pengantin??

Soalan-soalan ini akan ditanya kepada para pengantin, semasa ditemuduga nikah. Jumlah soalan adalah tertakhluk kepada tuan Kadi, dan juga di negeri mana anda mendaftar nikah. Tanpa mengira soalan susah atau senang, sedikit atau banyak, sebaik-baiknya anda mengetahui semua jawapan untuk soalan-soalan tersebut.

Ini ialah antara 25 soalan yang bakal ditanyakan kepada anda (soalan bocor)~~
  1. Istighfar
  2. Lafaz dan erti syahadah
  3. Selawat Nabi s.a.w.
  4. Rukun Islam
  5. Rukun Iman
  6. Rukun nikah
  7. Fardu wuduk/membatalkan wuduk
  8. Jenis dan bahagian air
  9. Sebab dan mandi wajib
  10. Hukum haidh/nifas dan istihadah
  11. Waktu-waktu sembahyang
  12. Sebab-sebab hadas besar dan kecil
  13. Jumlah rakaat dan tahiyatnya
  14. Rukun sembahyang
  15. Aurat lelaki dan perempuan
  16. Lafaz mandi hadas besar dan kecil
  17. Baca surah al-Fatihah
  18. Baca qunut
  19. Baca tahiyat awal dan akhir
  20. Tujuan nikah
  21. Tanggungjawab suami dan isteri
  22. Siapakah yang boleh menjadi wali
  23. Siapakah yang boleh memberi talak
  24. Haram ketika junub/haidh
  25. Soalan tambahan jika perlu.

Pautan:

NikahKahwin: "Jawab jangan tak jawab~~" :-D
:.
Persoalan utama nikahkahwin - mencari mas kahwin yang hilang