Pages

Tuesday, December 15, 2015

Fatin Liyana: 8 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang #AFLWedding

.: Sebagai stalker tidak rasmi dan jarang pergi blog Fatin Liyana - hari ni terpegi dan menemui ilmu mengadakan majlis nikah yang.. boleh kata ter-ohsem di abad ini.

(Tak sangka kawan tu dah kawen...)

Sebenarnya saya suka tengok orang comel ;-P Cuma part bila dia pakai fit tu (takla fit sangat, tapi nampakla bentuk badan dia slim), jadi saya agak kureng la dengan Fatin Liyana ni. Well, it's just my own personal taste. You can be cute, but never be sexy/fit/transparent with your aurah.

Okay, berbalik kepada berita utama. Ini adalah isi utama main point untuk majlis nikah Islami #AFLWedding yang ohsem (atau letak je #_ _ _ _ _ ) ikut tajuk yang anda suka untuk hashtag majlis nikah sendiri :-

1. Kongsi buat satu je majlis resepsi - petua jimat bajet 2016.

2. Nak identiti tersendiri? Buat Wedding stamp atau wedding emblem - cantek tau~~

3. Kehadiran tetamu kalau mampu hidanglah dengan makanan terbaek lagi sedap. Mudahan kita didoakan keberkatan dalam rumahtangga hingga ke Jannah. Nak ohsem? Buat bufet style.

Dr Anwar Fazal suami Fatin Liyana honeykoyuki (Ini bukan gambar saya) ;-P

4. Ini paling ohsem antara ohsem - alQuran dibaca oleh pengantin lelaki. Biasa pengantin gagap gelabah bisu baca akad nikah. Jadi kita bagi dia baca al Quran agar hatinya majlisnya dipermudahkan dijauhkan dari sebarang gangguan disinari cahaya iman.

5. Perancangan awal untuk slash out batalkan SOP yang remeh temeh dalam kebiasaan majlis nikah. Dan tak payahla buat dulang girls sebab dah ala-ala cara agama lain pulak kawen. Biarlah kita ini cara Islam kita.

6. Inai? Itu dia, hukum dah dikeluarkan. Awak suka pakai pandangan lain, silakan. Kalau nak ikut pandangan perhiasan inai ini tak best, oh, saya alu-alukan. Bagi saya inai pun macam ala-ala cara agama lain.

7. Dan mak andam tu pun kalau boleh mak andam bukan pondan. Kalau boleh dia adalah seorang 'mak', iye la mak orang. Juga kalau boleh bukan seorang 'mak' yang sibuk jaja rahsia orang. ;-P Tak baik buka aib orang lain.

7.5. Untuk bulu mata palsu dan cukur kening tu, nampak jugakla tak syukur dengan ciptaan Allah. Kalau kening memang lebat dan bersambung dari hujung kanan ke hujung kiri, boleh la aturkan sikit supaya nampak manis dipandang. (Kan dah lain dari yang lain bila kening bersambung? Kita ni secara Biologinya memang lain genetik. Jangan hairan jangan kutuk). Pengantin perempuan bagi celak mata nipis memang ohsem jadinya.

8. Prinsip designer dia untuk 'tak ketat, tak meleret dan tudung tutup dada' tu dah ohsem. Cuma untuk level over 9000 ialah kain wedding dress dia tidak melekap ke badan. Mak oi, body curves and gunung and lurah pengantin agak fail bila kain melekap ke badan.

8.5. Saya maseh tak jumpa designer yang dapat ikut syariah penutupan aurat wanita yang sebenar - sebab saya dah nengok wanita yang berpakaian labuh tidak body fit. Pakaian sebegitu kalau diubahsuai ke pekaian pengantin memang over 900000 tu kejayaan tu. Belum ada designer yang mampu. Ratanya semua menghampiri body fit. Tak body fit tapi nampak bentuk badan.

Ada orang cakap - iyyala, dah perempuan memangla nampak badan perempuan~Kalau badan lelaki nampakla badan lelaki~~

Wahai teman, ingatlah, ingatlah kata Rasulullah tika baginda menegur Asma akan pakaiannya yang nipis. Jika pakaian yang nampak tembus bentuk tubuhnya pun dah tak boleh, apatah lagi pakaian yang melekap. Belum campur garisan baju kecik serta seluar kecik lagi. Itu berpotensi serta menambah ghairah~

Okay, setakat itu saja untuk my take my twenty cents pandangan peribadi saya. Nak suka, bagus. Nak tak suka, errr, janganla. Hahaha.


NikahKahwin: "Semua di atas bukan kata-kata Fatin Liyana. Ia juga bukan kata-kata poyo. Juga bukan dughaaaaannnn. Haha"
:.

No comments:

Persoalan utama nikahkahwin - mencari mas kahwin yang hilang