Pages

Sunday, October 7, 2018

Apakah Jawapan 'Aku Terima Nikahnya' yang Paling Senang?

.: Apakah ayat yang paling senang untuk menjawab lafaz akad nikah?


Jawapannya :

Sering Bertemu Adakah ini Jodohku?

.: Saya seorang janda. Setiap hari apabila hendak ke tempat kerja, saya sering terlihat dengan seorang budak lelaki ini. Sudah tiga tahun kami berselisihan di lampu isyarat, dekat simpang, hampir dengan stesen minyak Shell. Beliau dengan motorsikalnya. Adakah pertemuan perselisihan yang sering berlaku ini tandanya beliau ialah jodoh saya?



Jawapannya :

Tuesday, October 2, 2018

Suami Dah Berkahwin tapi Suka Tengok Perempuan Lain...

.: Saya dah berkahwin, dah ada isteri tapi tabiat saya suka tengok orang perempuan. Macamana ni Ustaz?


Jawapannya:

Siapa yang Patut Mengeluarkan Belanja Kenduri Kahwin?

.: Jika anak perempuan nak kahwin, siapa yang patut mengeluarkan belanja kahwin?


Jawapannya:

Thursday, September 27, 2018

Nak Kahwin tapi Duit Tak Cukup

Saya bercadang untuk melangsungkan pernikahan saya Disember tahun depan. Duit belanja kahwin saya ada RM 200 sahaja, rasanya tak menghantar hantaran kepada keluarga sebelah perempuan. Boleh ke tak kahwin macam ni?



Jawapannya ialah:

Monday, September 24, 2018

RM 120 + 200 + 500 ~ RM 820 sahaja?

.: Murah kan? Kalau kos perkahwinan kita betul-betul Ringgit Malaysia Lapan Ratus Dua Puluh sahaja. Wow. Murah habis!

Berita dari HarianMetro : Majlis Ringkas Lebih Bermakna :
 -----
Kuala Lumpur: Tiada pelamin indah, barangan hantaran serta persalinan mewah tetapi sekadar majlis akad nikah ringkas dan jamuan makan di restoran dengan kos hanya RM800.

Itu cara Fadhil Mohamad Isa, 32, dan pasangannya Siti Norazlin Salim, 36, meraikan hari bahagia mereka ketika bergelar suami isteri pada Oktober tahun lalu.

Fadhil yang bertugas sebagai pembaca berita sambilan TV9 itu berkata, majlis berkenaan sengaja diadakan secara ringkas berikutan tidak mahu membazir walaupun dirinya sebenarnya mempunyai kemampuan.

“Bukan saya tak ada duit untuk buat majlis, duit simpanan saya melebihi cukup untuk buat majlis besar-besaran tetapi, kami pilih kahwin serba ringkas dan bersederhana selain berjimat ia lagi berkat sebenarnya.”

“Lagipun kami fikir lebih baik duit simpanan itu digunakan untuk teruskan hidup selepas kahwin memandangkan kos sara hidup di bandar ini tinggi,” katanya.

Menurut bekas pramugara sebuah syarikat penerbangan yang beroperasi di Jeddah itu, pemilihan konsep perkahwinan mewah mahupun ringkas adalah pilihan masing-masing, namun lebih elok mengikut kemampuan.

“Bagi saya sebenarnya buat majlis ringkas ini lagi bermakna dan tak perlu berhutang. Kita juga tak akan tertekan memikirkan beban hutang yang perlu ditanggung selepas melangsungkan majlis.”

“Saya hanya berbelanja sekitar RM800 sahaja untuk urusan akad nikah dan jamuan makan rakan serta keluarga kedua-dua pihak di sebuah restoran di ibu negara,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai perkenalan dia dan isterinya, menurut Fadhil, mereka berkenalan ketika sama-sama bertugas di sebuah syarikat penerbangan di Jeddah pada 2014.

“Selepas setahun berkenalan, kami memutuskan untuk mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun lalu secara ringkas.”

“Saya bersyukur isteri bersetuju dan bersependapat untuk mengadakan majlis dalam serba ringkas kerana tidak mahu membazir.”

“Malah, kami dapat buktikan tanpa majlis perkahwinan mewah pun kami boleh hidup bahagia seperti pasangan lain apatah lagi isteri kini sedang hamil tiga bulan,” katanya.

Trend perkahwinan mewah dengan cara berhutang semakin menjadi pilihan bakal pengantin tanpa memikirkan kesan pada masa akan datang seperti pendedahan muka depan akhbar ini pada Ahad lalu.

Kebanyakan pasangan muda mengambil keputusan bercerai walaupun usia perkahwinan belum sampai setahun berikutan bebanan hutang perkahwinan yang sering menjadi pertelagahan mereka.
 ------

Best nyaaaaa~~

Ada gambar jumpa dari Facebook INFO Sarawak. Memang terbaeklah bajet pasangan ni.

Fadhil Mohamad Isa dan pasangannya
Siti Norazlin Salim.

Kita doakan pasangan ini sentiasa bahagia gembira sejahtera hingga ke Jannah, Amin Amin ya rabbal 'alamin.


NikahKahwin: "Harap sangat penjimatan sebegini rupa merebak ke seluruh Malaysia. Amin Amin ya rabbal a'lamin.

:.

Meminjam Duit Mak untuk Berkahwin

.: Soalannya: Apakah hukum anak meminjam duit mak untuk berkahwin?

Boleh ke meminjam duit ni ya ustaz? Nak kahwin ni petang karang ni...



Jawapannya ialah:
Persoalan utama nikahkahwin - mencari mas kahwin yang hilang