Pages

Thursday, September 27, 2018

Nak Kahwin tapi Duit Tak Cukup

Saya bercadang untuk melangsungkan pernikahan saya Disember tahun depan. Duit belanja kahwin saya ada RM 200 sahaja, rasanya tak menghantar hantaran kepada keluarga sebelah perempuan. Boleh ke tak kahwin macam ni?



Jawapannya ialah:
Boleh berkahwin, tiada masalah. Kita berbincanglah baik-baik terlebih dahulu dengan keluarga perempuan. Maskawin mesti diberi, kerana ia pemberian wajib kepada si isteri.

Cuma apabila mengadakan walimatulurus, atau biasanya kita sebut sebagai kenduri kahwin, buatlah mengikut tahap kemampuan kita. Tahap pendapatan tahap ekonomi kita. Jika berlebih lebihan hingga anak dah empat orang pun belum habis bayar hutang tiada gunanya.

Walimatul urus adalah sunnah. Kalau dapat menjamu orang yang sedikit, kita tetap menjamu mereka. Jika dapat menjamu ramai sangat jemputan, kita tetap menjamu makan kepada mereka. Orang kaya kita tak perlu dengki atau sibuk dengan kemampuan menjamu ramai orang, itu rezeki mereka. Yang penting, ukur baju di badan sendiri.


NikahKahwin: "Kita usahakan kita cubakanlah menyimpan dana untuk berkahwin. Kalau boleh biarlah dana bukan menjadi masalah untuk berkahwin, cuma calon je belum ada untuk dikahwini. Hehehe."

:.

No comments:

Persoalan utama nikahkahwin - mencari mas kahwin yang hilang